Melancong Ke Portland

Bandar Portland merupakan sebuah bandar terbesar di Oregon. Pada awal tahun 20-an, bandar ini telah dikenali sebagai salah satu bandar paling bahaya di dunia dengan adanya jenayah terancang. Kini, reputasi ini telah menjadi sejarah dan bandar Portland telah diundi sebagai bandar ke-8 paling paling popular di US.

Bandar ini sangat mengambil berat tentang kesan aktiviti mereka terhadap alam sekitar dan merupakan salah satu bandar hijau terbaik dunia. Kebanyakan orang di Portland akan berbasikal lebih daripada memandu, lebih banyak berjalan dan mengusahakan hasil ladang sebagai bahan di meja makan.

Portland, Oregan mempunyai reputasi baik sebagai bandar yang bersih, hijau dan maju. Walaupun dengan reputasi yang baik, ia tidak dapat lari dari ancaman biasa yang terdapat di bandar-bandar besar seperti ini. Ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kisah jika melancong ke Portland.

Masyarakat Portland memandu dengan perlahan dan sangat berhati-hati, jadi anda tak perlu risau keselamatan atas jalan raya. Walaupun perlahan, ia juga boleh mendatangkan bahaya mungkin ada di antara mereka yang lari dari kebiasaan. Selain itu, aliran air yang terbentuk dari hujan boleh terhasil di atas jalan raya dan menyebabkan penjalan kaki dan penunggang motosikal terdedah untuk kena percikkan air.

Pengangkutan awam di Portland termasuk MAX (Metropolitan Area Express), kereta dan bas. Kebanyakan pengangkutan awam adalah selamat, tetapi berhati-hati menaiki pengangkutan awam pada waktu malam.

Sungai Willamette adalah anak sungai utama yang mengalir ke Sungai Columbia. Dengan aliran sepanjang 301km, Sungai Willamette terletak seluruhnya di barat laut Oregon, US. Sungai Williamette kelihatan sangat cantik, tetapi ingat ianya adalah sungai banda. Anda mungkin tidak mahu berenang di dalamnya dan tidak mahu makan apa-apa yang anda tangkap di sungai itu.

Secara umumnya, bandar Portland adalah bandar yang selamat dan bertamadun, tetapi walau dimana pun anda berada, risiko dan bahaya itu sentiasa ada. Berhati-hati berjalan pada waktu malam, elakkan jalan-jalan terpencil, dan pastikan anda sedar keadaan sekeliling anda.

Menarik Di Portland

Muzium Sains Dan Industri Oregon

Kredit: Chinook Book

Muzium Sains dan Industri Oregon pada awalnya dihoskan di rumah ahli perniagaan Ralph Lloyds. Lloyds mempunyai planetarium pertama di sekitar barat laut Portland yang memaparkan pertunjukan yang berlangsung selama 20 minit. Setelah sekian lama, muzium tersebut menjadi semakin popular dan rumah yang digunakan sebagai muzium itu pula akan diruntuhkan. Mujurlah Majlis Bandaraya Oregon mengambil tindakan dengan bersetujui untuk menyewakan tanah di Washington Park. Seramai 400 orang sukarelawan telah terlibat dalam projek itu dan muzium baru dibuka pada tahun 1958. Kini, Muzium Sains dan Industri Oregon sangat popular dan telah dikunjungi seramai lebih 1 juta pelawat setiap tahun.

Washington Park

Kredit: AAA Northern California

Washington Park ialah tanah luas yang meliputi lebih daripada 410 ekar tanah. Taman ini ialah rumah kepada tarikan utama Portland (featured dalam senarai ini) termasuk zoo, muzium kanak-kanak, Taman Jepun, dan arboretum. Bagi pelawat yang tidak mahu menghabiskan masa di tempat tarikan, terdapat juga kawasan piknik, taman permainan, gelanggang tenis, dan padang hijau yang luas atau hutan liar yang besar untuk diterokai. Jika anda suka trekking, terdapat lebih dari 15 batu jauhnya laluan untuk berjalan atau berjogging. Beberapa laluan menghubungkan laluan ke Pittock Mansion, Forest Park dan Council Crest.

Zoo Oregon

Kredit: Oregon Zoo

Tarikan paling utama di Washington Park semestinya Zoo Oregon. Zoo Oregon pertama kali dibuka pada tahun 1888 apabila collector haiwan sendirian memutuskan untuk mendermakan haiwan-haiwan mereka kepada bandar Portland. Terdapat kira-kira 1,955 haiwan untul dilihat di zoo yang terdiri daripada 232 spesis. 21 daripada spesis-spesis yang berada di zoo ini adalah adalah spesis terancam dan sedang dalam program pembiakan bagi membantu memastikan mereka tidak pupus. Salah satu kejayaan terbaru adalah pembiakan gajah Afrika yang sentiasa popular dengan visitors.

Pittock Mansion

Kredit: Mike & Cathy

 Pittock Mansion terletak di kawasan bukit di sebelah barat Portland dan ia adalah rumah cantik yang berbaloi untuk dikunjungi. Rumah agam ini dibina pada tahun 1909 sebagai rumah kepada Hency Pittock dan isterinya. Rumah ini mempunyai 46 buah bilik dan terletak di kawasan sekitar 46 ekar tanah. Harta ini kini dimiliki oleh Bandar Oregon. Rumah agam tersebut dibuka kepada orang awam pada tahun 1965 dan sekitar 8,000 orang melawat setiap tahun. Harta ini terletak di atas 1000 kaki di atas paras laut yang menjadikannya tempat yang hebat untuk bird watching. Rumah agam ini telah muncul dalam pelbagai rancangan TV dan filem, yang paling terkenal adalah filem ‘Unhinged’ yang dilarang di beberapa negara kerana kandungannya.

Lan Su Chinese Garden

Kredit: Lan Su Chinese Garden

Portland diselaraskan dengan Suzhou di wilayah Jiangsu, China. Suzhou terkenal dengan taman Dinasti Ming yang sangat cantik. Taman Lan Su kini merupakan Taman Cina yang paling tulen luar daripada China. Taman tersebut berdinding penuh dan apabila anda berada di dalamnya, anda akan merasakan seperti anda berada di Cina serta merta. Anda boleh meneroka budaya Cina, cara pemikiran dan sejarah mereka. Nama taman tersebut membawa maksud “Taman Kebangkitan Orkid” apabila diterjemahkan. Seketika berada di taman ini boleh membuatkan anda berasa lebih segar.

Portland’s ‘Living Room’

Kredit: Trip.com

Pioneer Courthouse Square dikenali penduduk sebagai Portland’s ‘Living Room’. Ianya terletak di pusat bandar dan besarnya kira-kira 40,000 kaki persegi. Terdapat banyak feature menarik dan tempat berkumpul bersama kawan-kawan. Terdapat meja catur outdoor, dan mata air yang kelihatan seperti air terjun yang mengalir. Di tengah-tengah tempat ini terletaknya kawasan yang kelihatan seperti amfiteater. Ia berbentuk separa bulatan dan mempunyai 24 langkah tangga yang digunakan sebagai tempat duduk ketika ada persembahan live di situ. Jika anda berjalan di dataran tersebut, anda akan melihat di setiap batu bata atas jalan mempunyai nama orang. Semasa kawasan itu sedang dibangunkan, penduduk tempatan boleh membayar 15 dollar untuk meletakkan nama mereka atas batu dan bayaran itu akan pergi kepada kos pembinaan tempat tersebut.

Forest Park

Kredit: Forest Park Stone House
Kredit: Pinterest

Taman Hutan ini terletak di luar Portland di kawasan Gunung Tualatin. Taman ini terbentang sepanjang 8 batu dan merupakan salah satu rizab hutan bandar terbesar di US. Keseluruhan kawasan adalah lebih daripada 5,000 ekar dan mempunyai lebih dari 70 batu laluan untuk diterokai. Laluan sepanjang jalan tersebut sangat indah dan memenuhi pelbagai kebolehan, bermaksud akan ada sesuatu yang sesuai untuk semua orang. Banyak kawasan yang menghadap ke Sungai Willamette yang menjadikannya lebih indah. Banyak spesis burung hidup di kawasan taman ini.

Taman Jepun Portland

Kredit: Pinterest

Taman Jepun di Portland seharusnya ada dalam list setiap pelawat. Ia terbentang lebih lima setengah ekar dan dibahagikan kepada lima kawasan yang sangat berbeza. Ideanya di sebalik taman Jepun ini adalah seseorang itu akan merasakan keamanan, keharmonian dan ketenangan ketika masuk ke tempat itu. Taman-taman Jepun mempunyai budaya dan sejarah mereka tersendiri. Ketika anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, perasaan tenang itu mengikuti anda. Banyak masa boleh dihabiskan dengan menerokai taman dan mengagumi kecantikan permandangan taman tersebut.

Cherry Blosson Di McCall Waterfront Park

Kredit: embrace someplace

Tom McCall Waterfront Park terletak di salah satu sisi Sungai Willamette. Taman ini sangat popular dalam kalangan yang aktif. Ramai yang datang ke sini untuk berjogging, berjalan, bermain skateboard dan berbasikal. Anda juga boleh melihat pemandangan bot-bot daripada sekitar taman. Ia menjadikan taman tersebut popular bagi warga bandar untuk datang pada waktu makan tengahari untuk berehat. Terdapat lima zon berasingan di taman ini untuk diterokai, The Esplanade adalah laluan di sepanjang sungai. The Bowl adalah kawasan berumput yang sering digunakan untuk konsert. Salmon Street Springs, sebuah mata air yang terletak di dalam Plaza Konkrit, bangunan John Yeon dan The Central Lawn yang sentiasa penuh dengan orang semasa musim panas.

Berjalan di Sekitar Hoyt Arboretum

Kredit: wedding spot

Arboretum Hoyt meliputi kawasan seluas 187 ekar tanah dan terletak beberapa batu jauhnya dari pusat bandar Portland. Terdapat kira-kira 10,000 pokok dan pokok renek di taman dan lebih daripada 1,100 spesis berbeza berlainan dari seluruh dunia. Jika anda suka berjalan, anda boleh pilih trail mana anda suka. Keseluruhan trail adalah sepanjang 12 batu panjangnya. Di tengah-tengah taman terdapat pusat pelawat yang mempunyai kelas indoor dan juga kawasan piknik dan padang rumput. Pusat pelawat tersebut dikendalikan oleh sukarelawan yang melakukan lawatan tetap ke taman tersebut.

The Crystal Springs Rhododendron Garden

Kredit: peaceful places in portland
Kredit: Flickr

Taman ini ialah taman botani di Portland yang terletak di sepanjang anak sungai Crystal Springs. Terdapat lebih 2,500 bunga rhododendron, azalea, dan tumbuhan lain di taman itu. Pemandangan sangat cantik saat bunga-bunga sedang mekar mengembang. Terdapat gabungan laluan, air pancut, air terjun, dan tasik kecil di antara katil-katil bunga. Jika anda ingin melawat taman-taman ini, ianya dibuka antara pukul 6 pagi hingga 10 malam setiap hari daripada bulan April sehingga September dan dari pukul 6 pagi hingga 6 petang daripada bulan Oktober hingga Mac.

Suasana Dalam Kapal Selam

Kredit: Wikipedia

USS Blueback adalah kapal selam bukan nuclear terakhir yang menyertai Tentera Laut US dan telah berkhidmat dari 1959 hingga 1990. Kini, ianya terletak di Muzium Sains dan Industri Oregon dan merupakan pameran hebat buat pengunjung. Anda boleh meneroka bagaimana kehidupan di dalam kapal selam, menyetuh torpedo, dan melihat melalui periscope. Tour guide akan bawa anda meneroka dalam kapal selam dan tour guide boleh didapati beberapa kali dalam sehari. Bilik radio dalam kapal selam juga telah dipulihkan sepenuhnya kepada keadaan boleh digunapakai.

Ingin melancong ke luar negara? Klik sini untuk cari pakej yang anda mahukan. Apply for Australia visa secara online untuk memudahkan urusan visa anda.