Menariknya Portland

Portland, antara bandar yang tercantik di US yang terletak di Oregon. Bandar ini juga dikenali sebagai “City of Roses” kerana cuaca yang sesuai untuk tanaman bunga rose.

Salah satu sebab pelancong suka melawat Portland, Bandar Bunga Ros, adalah untuk melihat taman-taman bunga yang besar, dan dapat melihat bagaimana masyarakat Portland menjaga taman dan permandangan yang cantik ini. Tempat ini bukan sahaja menjadi tarikan pelancong lokal, malah pelancong yang sukakan alam semula jadi.

Selain itu, di Portland terdapat ramai warganegara Asian-American. Ini menyebabkan ramai pelancong dari Asian untuk melawat bandar dengan pelbagai budaya ini. Oleh itu, pelancong dari Asian tidak perlu risau meluangkan lebih masa di Portland untuk menikmati suasana alam semulajadi dan juga budaya di sana.

Dalam blog ini, anda akan dapat ilmu dan perkongsian mengenai suasana di Portland, agro-tourism di sana, budaya yang pelbagai, dan banyak lagi. Teruskan membaca blog ini!