Percutian Bajet Student Bersama Kawan Di Malaysia Tetapi Masih Bergaya Di Instagram

Percutian ke luar negara sememangnya memerlukan duit yang banyak. Walaupun anda masih boleh berjimat, tetapi dengan nilai itu anda boleh dapat lebih lagi jika bercuti dalam negara. Lebih-lebih lagi jika anda sekarang sedang melanjutkan pelajaran, anda mungkin mahu gunakan duit dan masa itu untuk perkara lain juga.

Menjalani kehidupan pelajar anda di kampus sangat baik, tetapi lebih menakjubkan untuk keluar merehatkan minda dari semasa ke semasa dengan cara bercuti di suatu tempat di Malaysia. Sediakan diri anda dan kawan-kawan atau keluarga anda, sewa kereta, pasang map, dan anda sedia untuk beraksi.

Taman Negara, Pahang

Kredit: Packist

Adakah anda memerlukan udara segar? Perlu masa berjauhan dengan pencemaran udara dan bunyi di bandar? Percutian dalam kehijauan alam semula jadi adalah yang terbaik untuk anda. Malaysia terkenal dengan hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna. Terdapat banyak taman negara di seluruh Malaysia yang menawarkan pemandangan menarik yang berbeza-beza.

Salah satu taman negara yang harus anda pergi ialah Taman Negara Pahang yang terletak di Kuala Tahan, Pahang yang terletak jauh dari bandar. Ia adalah percutian yang sempurna, jauh dari bandar, dekat dengan alam semula jadi. Sesuai untuk kawan-kawan, keluarga, pasangan dan mereka yang mahu masa bersendirian.

Apa yang boleh dilakukan di sana? Tinggal di dalam kawasan hutan dimana kadang-kala Tapir dan haiwan lain akan muncul. Terokai keindahan hutan dengan trip bersama tour guide dan membuat pelbagai aktiviti atau berlayar pada waktu malam. Ada juga trip melawat ke Kampung Orang Asli untuk mengetahui lebih lanjut mengenai budaya tempatan.

Sekinchan

Kredit: RAAGA

Sekinchan adalah sebuah perkampungan nelayan kecil yang ditubuhkan pada tahun 1920-an. Ia terletak di Sabak Bernam Selangor. Kawasan perikanan utama adalah Bagan di mana kebanyakan nelayan Teow Chew mendapatkan rezeki. KIni, Sekinchan telah berkembang menjadi kawasan pertanian yang menghasilkan bekalan beras utama di seluruh Malaysia dan merupakan salah satu pertanian agrotourism yang utama.

Semak kalendar penuaian sebelum beraksi bagi menangkap moment terbaik di kawasan sawah padi yang kekuningan. Mac hingga Mei dan September hingga November adalah tempoh masa terbaik untuk melawat. Pada masa-masa inilah sawah padi yang hijau bertukar menjadi kuning dan pemandangannya sangat cantik dan menyejukkan mata.

Pantai Redang adalah tempat terbaik untuk berkelah dan menikmati makanan laut dari kedai-kedai makan di kawasan itu. Terdapat juga sebuah pokok yang dipanggil The Wishing Tree yang mana pengunjung percaya dengan mengikat reben hasrat mereka boleh tercapai. Sekiranya anda bercadang untuk bermalam, anda boleh ke Kelip-Kelip Kg. Kuantan di Kuala Selangor. Ramai yang datang dari jauh ke tempat ini untuk melihat kelip-kelip. Pemandangannya sangat cantik, anda akan menaiki sampan besar dan dibawa ke bahagian sungai gelap yang bersuluhkan kelip-kelip yang sangat banyak.

Melaka

Kredit: Two Weeks

Melaka adalah sebuah bandar paling bersejarah di Malaysia yang pernah dijajah oleh Portugis. Kini ia merupakan salah satu warisan dunia. Terdapat banyak seni bina-seni bina yang ditinggalkan penjajah yang menjadikan Melaka tempat yang sangat menarik untuk dilawati. Anda akan dapat pelbagai gambar yang menarik bersama seni bina di sana untuk dimuatkan ke dalam Instagram anda. Antara tempat klasik menarik yang harus anda lawati adalah A Famosa dan Dutch Square.

Banyak makanan yang berasal dari Melaka sepatutnya masuk dalam senarai mesti cuba anda termasuk street food di Jonker Walk, Coconut Shake di Pantai Klebang, satay celup, makanan Peranakan, kuih keria Melaka, dan banyak lagi. Jauh Melaka dari Kuala Lumpur hanya 2 jam, sesuai untuk percutian 1 hari yang sempurna.

Sekeping Serendah

Kredit: Uniq Hotel

Bagi yang mampu, Sekeping Serendah menawarkan retreat eksklusif yang terasing dari bandar. Terutama untuk mereka yang sukakan alam semula jadi, bangunan yang didirikan di sini sangat terbuka dan dekat dengan alam semula jadi. Keseluruhan tempat itu dikelilingi dengan hutan.

Pada waktu pagi anda akan bangun dengan kicauan burung-burung dan kriket. Seluruh ruang sengaja dikemas secara asas dan minimalis untuk pelawat berkomunikasi dengan alam sekitar. BBQ dan masakan yang simple adalah dibenarkan. Terdapat kolam renang juga di situ.

Sekeping Serendah terletak berhampiran dengan bandar Serendah yang melewati dua Kampung Orang Asli. Cawangan lain hotel ini adalah Sekeping Tenggiri di Bangsar, dan Sekeping Kong Heng di Ipoh. Kesemuanya menawarkan konsep retreat yang sama tetapi mempunyai pengalaman yang berbeza. Tempat penginapan yang ditawarkan adalah terhad, jadi lebih baik untuk anda menempah dahulu.

AwanMulan, Seremban

Kredit: Bryan Tee

Berkongsi konsep sama dengan Sekeping Serendah, AwanMulan menawarkan tempat penginapan yang lebih pelbagai. Kedai makan tersedia untuk makan dari sarapan hingga makan malam. Jika tidak, anda boleh sediakan makan malam BBQ anda sendiri. Anda boleh membawa haiwan peliharaan anda bercuti sekali di sini. Hanya beritahu pada management ketika membuat tempahan. Tempat di AwanMulan juga adalah terhad, jadi anda perlu tempah lebih awal.

Tadom Hill Resort

Kredit: Diya Hanun

Tadom Hill Resort menawarkan hamper 40 ekar bukit batu, tasik dan pokok yang mengelilingi dua resort milik tempat ini iaitu Tadom Bamboo Camp (campsite atau dorm) dan Tadom Bamboo Suites (chalet premium). Dibina supaya mesra alam dan tahan lama, kebanyakan struktur bangunan di situ diperbuat dari buluh. Selain itu, terdapat banyak lagi features menarik di kawasan ini seperti platform diving yang dibuat dari buluh, kerusi terapung yang juga dibuat dari buluh, buaian Tarzan, dan buaian air. Ianya sesuai untuk acara-acara keramaian seperti team building dan hari keluarga.