Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Itali: 1

Kredit: CNN

Dengan teknologi masa kini, segala informasi yang anda perlukan mudah dicapai. Mudah untuk dapatkan maklumat berkenaan mata wang, passport dan mendapatkan visa secara atas talian. Artikel ini akan menceritakan mengenai apa yang anda perlu tahu sebelum berlepas ke Itali.

Kredit: Fodors Travel Guide

Ketahui bagaimana untuk makan di restoran, di mana mendapatkan Wi-Fi, tatacara pemakaian dan maklumat-maklumat lain yang perlu diketahui oleh pelancong yang pertama kali datang ke sana.

Itali adalah destinasi impian – seni dan senibina yang menakjubkan, makanan yang sedap dan banyak budaya yang boleh diselami. Ia adalah destinasi yang perlu dijejaki sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Colosseum. Kredit: Wikipedia

Melawat Itali dalam masa seminggu sudah mencukupi – tetapi untuk pengalaman yang lebih baik, jadikan ia percutian dua minggu!

Tidak kira berapa lama anda berada di Itali, sudah tentu anda perlu membeli tiket penerbangan. Harga tiket ke Itali agak mahal, jika anda bahagikan kos tiket tersebut untuk seminggu, kosnya lebih tinggi berbanding dua minggu dan anda akan dapat lebih lagi dalam masa itu. Dari sudut pandangan kewangan semata, lebih masuk akal untuk anda memanfaatkan kos tiket anda.

Venice. Kredit: Victoria Vincia

Selain itu, ada perbezaan yang besar apa yang anda boleh lihat dan lakukan di sana. Percutian satu minggu di Itali membolehkan anda melawat Big Three iaitu 3 bandar besar Italy – Rome, Florence dan Venice. Walaupun Big Three ini sudah tentunya termasuk dalam senarai tempat wajib pergi, tetapi anda hanya melihat sebahagian sahaja dari Itali.

Rome. Kredit: South EU Summit

Manakala dengan percutian selama 2 minggu, anda akan dapat melawat Sorrento, Cinque Terre dan Lake District. Anda akan melancong dari utara ke selatan dengan kepelbagaian pemandangan yang indah, budaya yang berbeza, and makanan yang sedap.

Cinque Terre. Kredit: Follow Me Away

Bahagian Utara dan Selatan Itali adalah seperti 2 buah negara yang berbeza.

Sehingga lewat tahun 1800-an, Itali bukanlah sebuah negara bersatu, ia adalah koleksi beberapa negara kecil yang autonomi. Setiap negara ini mempunyai adat, makanan dan budaya mereka tersendiri. Walaupun kumpulan negara-negara ini telah membentuk sebuah negara, kepelbagaian unik setiap tempat itu tetap dikekalkan.

Bahagian Utara Itali terletak di kaki gunung Dolomites dan Alps, dan bersempadan dengan Austria, Switzerlan dan Perancis. Makanannya adalah lebih kepada citarasa negara jiran berbanding citarasa Mediterranean di Selatan Itali. Kehidupan di kedua-dua bahagian ini juga berlainan, Kepadatan dan kesibukan di bahagian Utara Itali yang lebih kepada perindustrian jelas berbeza dari suasana yang lebih santai di bahagian Selatan Itali. Jadi untuk melihat Itali secara keseluruhannya, anda perlu melawat kedua-dua bahagian.

Northern Italy. Kredit: Moon & Honey Travel

Coperto, servizio dan mancia. Perlu untuk anda ketahui perbezaan ketiga-tiga terma ini.

Bill restoran anda akan kelihatan jelas berbeza daripada yang anda selalu lihat di tempat anda. Cukai jualan sudah termasuk dalam harga, selain caj makanan, anda akan melihat beberapa caj misteri yang lain.

Coperto pada dasarnya adalah caj kepala. Ia dikenakan pada setiap orang, walaupun kanak-kanak. Di kawasan yang kurang popular, biasanya caj adalah sekitar 1 atau 2 euro, tetapi di tempat-tempat seperti bandar, caj dikenakan boleh sampai 4 ke 5 euro atau lebih. Caj coperto disenaraikan di dalam menu, pastikan anda memeriksa dahulu bagi mengelakkan kejutan yang tidak menyenangkan.

Coperto. Kredit: Italy from the Inside

Servizio adalah sejenis caj servis dan lebih kurang menggantikan tipping. Secara praktikalnya, ia adalah lebih kepada cukai pelancong kerana ia lebih sering dijumpai di kawasan pelancongan seperti di Rome, Venice, Florence dan Amalfi Coast. Caj ini biasanya dikenakan antara 10% ke 20% daripada bil – dan seperti caj coperto, caj servizio disenaraikan juga di menu.

Servizio dan harga tidak masuk akal. Kredit: The Sun

Mancia pula adalah tipping. Tipping di Itali tidak berdasarkan rate daripada keseluruhan bil dan tipping juga bukan adat atau kebiasaan di Itali. Tetapi jika anda merasakan anda perlu meninggalkan sesuatu untuk pelayan, anda boleh meninggalkan mancia – lakukannya dengan cara Itali. Mancia yang paling biasa adalah dengan menggenapkan bil anda kepada yang lebih tinggi, atau meninggalkan duit syiling sebanyak 1 atau 2 euro sebagai tanda penghargaan.

Pastikan anda tahu berapa harga makanan yang anda hendak makan dan caj-caj lain supaya anda tahu berapa bayaran yang sepatutnya anda bayar.

Anda tak perlu belajar bahasa Itali untuk melancong ke Itali, tetapi ia bukanlah idea yang tidak bagus untuk belajar frasa-frasa yang digunakan pelancong.

Orang Itali berbahasa Itali, ia tidak sepatutnya menjadi kejutan. Di kawasan pelancongan utama, anda akan mendengar sedikit sebanyak bahasa Inggeris, tetapi jika anda ingin menikmati pengalaman yang authentic semasa percutian anda, ia adalah idea yang baik untuk mempraktikkan frasa-frasa yang kebiasaannya digunakan oleh pelancong.

Berbanding Perancis yang mungkin sedikit terasa jika anda salah sebut bahasa mereka, orang Itali menghargai percubaan anda. Anda akan terkejut dengan beberapa frasa Itali yang anda praktikkan boleh membawa anda lebih jauh dalam percutian anda di Itali.

Riposo adalah sesuatu yang indah.

Riposo. Kredit: Memoirs of Italia

Chiuso bermakna tutup dalam bahasa Itali dan itulah apa yang akan berlaku sepanjang tempoh riposo, iaitu waktu rehat tengahari. Ia selalunya berlangsung sekitar dua jam dan berlaku antara pukul 1.30 petang dan 4 petang, bergantung kepada jenis bisnes. Bank, kedai, musium dan kebanyakan restoran juga akan tutup kecuali di tempat-tempat kawasan pelancongan.

Tidak perlu bersusah hati – hanya menikmatinya sahaja. Gunakan sedikit masa untuk tidur sebentar pada waktu tenghari, atau berjalan-jalan di taman dan menikmati perkelahan makan tengahari. Sangat mudah untuk jatuh cinta dengan irama kehidupan Itali jika anda mahukan percutian yang santai.

Akan bersambung pada post seterusnya. Sudah puas membaca mengenai Itali? Baca pula mengenai perjalanan di Perth!