Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ke Itali 2

Kredit: Moon Travel Guides

Melawat keseluruhan Itali boleh mengambil masa lebih daripada dua minggu. Anda boleh melihat Itali dari utara ke selatan melihat seni bina dan karya seninya yang luar biasa, makan yang sedap, tempat-tempat menarik, lanskap yang menakjubkan dan budaya yang pelbagai.

Itali adalah negara yang besar dan bahagian utara dan selatannya adalah seperti dua negara yang berbeza. Lanskap di bahagian utara Itali adalah lebih kepada kawasan pergunungan dan perindustrian yang lebih sibuk berbanding bahagian selatan Itali yang santai. Kesemua tempat-tempat ini mempunyai budayanya yang tersendiri, masakan tradisional dan adat yang berbeza.

Di kawasan pelancongan pula, anda akan nampak sedikit perbezaan pada bill di restoran berbanding negara-negara lain. Mereka ada caj perkhidmatan yang normal, caj per kepala yang jarang kita jumpa dan cara tipping yang lain dari negara membangun.

Anda tak perlu berbahasa Italian untuk melancong ke sana, tetapi anda boleh menggunakan sedikit sebanyak frasa-frasa yang biasa digunakan seperti ‘Terima kasih’, ‘Hi’, Tumpang tanya’, dan sebagainya. Anda juga boleh mempelajari sedikit sebanyak frasa pelancongan bagi memudahkan urusan pelancongan anda seperti bertanyakan harga dan tempat.

Satu budaya di Itali yang boleh kita pelajari adalah Riposo yang bermaksud waktu rehat atau berehat untuk satu jangka masa terutama pada waktu tengahari. Riposo di Itali adalah lebih kurang antara pukul 1.30 petang hingga pukul 4 petang. Pada masa ini kedai-kedai dan perkhidmatan yang bukan tempat pelancongan akan ditutup. Anda juga boleh mengambil peluang ini untuk berehat atau sekadar berjalan di bandar menikmati suasananya yang aman dan santai.

Kredit: The Crazy Tourist

Tidak ada perkara biasa seperti makan malam awal.

Orang Itali makan malam agak lewat berbanding negara lain. Ia adalah fakta kehidupan yang berfungsi dengan baik dengan passion mereka untuk makan malam yang panjang dan santai. Sebaliknya, jika anda sudah biasa makan tengahari pada waktu tengahari dan makan malam pada pukul 6 petang, anda akan terasa semua benda tidak kena.

Kebanyakan restoran tidak akan buka sehingga pukul 8 malam atau lebih. Sukar mengharapkan untuk makan malam sebelum malam bagi yang tidak makan selepas pukul 7. Mereka tidak akan buka walau awal satu minit pun sebelum waktunya walaupun anda meletakkan muka anda dicermin dan tengok ke dalamnya.

Jika anda melancong dengan kanak-kanak, pastikan anda menyediakan makanan berat yang secukupnya untuk mengelak mereka meragam. Atau anda boleh mencari restoran-restoran yang mesra pelancong yang tetap buka sepanjang tenghari dan petang.

Ada tempat-tempat tertentu yang mempuyai kod pemakaian.

Kredit: Royal Fashionist

Sebagai peraturan umum, orang Itali sangat peduli dengan pakaian dan penampilan. Mereka melihatnya sebagai tanda penghormatan – kepada diri mereka dan juga orang lain. Atas sebab ini, sama sahaja seperti memasuki Masjid, tapak keagamaan memerlukan pelawatnya berpakaian yang sopan dan sesuai. Tahap kesopanannya meliputi kaki dan bahu yang bertutup. Kemeja lengan panjang, dan blause dengan skirt bawah lutut atau dengan seluar panjang adalah pilihan yang lebih sesuai. Perkara yang sama jika anda melawat restoran-restoran tertentu yang sangat mementingkan penampilan. Anda mungkin tidak boleh masuk sekiranya anda memakai selipar, seluar pendek, baju Hawaii, singlet dan seumpanya.

Apabila bercakap mengenai pemakaian, adalah lebih baik jika anda berpakaian seperti penduduk tempatan.

Kredit: Fashion Gum

Itali adalah tempat yang selamat untuk dikunjungi, tetapi seperti di mana-mana kawasan pelancongan pun, pasti ada golongan yang mensasarkan pelancong sebagai mangsa mereka. Berpakaian seperti penduduk tempatan adalah satu cara yang baik untuk melindungi diri anda. Selain itu, lebih baik rasanya tidak menonjol dan menyesuaikan diri dengan orang Itali sekeliling anda.

Beberapa tips yang anda boleh pertimbangkan seperti:

  1. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata, tinggalkan seluar pendek dan baju tak cukup kain di rumah.
  2. Pakai selipar hanya di pantai, gunakan kasut yang lebih stylish seperti kasut bertumit atau wedges.
  3. Untuk lelaki terutamanya, elakkan seluar pendek, tukarkannya kepad jeans, capri atau seluar slack.
  4. Apabila tidak pasti mengenai pakaian yang anda hendak pakai, lebih baik terlebih pakaian daripada terkurang pakaian.

Kebanyakan tempat menarik mempunyai pilihan untuk melangkau barisan.

Anda boleh mengelak dari beratur panjang dan lama dengan cara menempah tiket masuk dengan lebih awal untuk kebanyakan tempat tarikan yang anda hendak lihat. Lebih baik lagi, tempahnya dengan tour operator dan dapatkan akses VIP yang istimewa ke tempat-tempat tarikan seperti Sistine Chapel dan Uffizi dengan pemandu pelancong yang mahir yang boleh membawa anda ke tempat-tempat yang jarang dibuka untuk awam.

Perhatikan budaya kopi di Itali.

Kredit: Luxury Italy Tours & Honeymoon Packages

Sapaan yang biasa di Itali adalah “prendiamo un caffe?” yang bermaksud mempelawa seseorang kepada kopi – orang Itali sangat sukakan kopi. Oleh itu, apabila di Itali, penting untuk kita mematuhi adat istiadat dan memberikan mereka kehormatan yang sewajarnya. Sebagai contoh:

  1. Kopi susu adalah untuk sarapan.
  2. Jangan minta exspresso – memang itu yang disediakan jika minta kopi.
  3. Minum di kaunter berdiri atau bayar lebih sedikit untuk duduk.
  4. Pastikan kopi yang anda order mudah difahami. Bukan mint mocha frappucino dengan susu soya dan sebagainya.

Terdapat Wi-Fi di Itali

Kebanyakan hotel di Itali menyediakan Wi-Fi percuma – tetapi kelajuannya adalah antara yang paling lambat di Europe. Anda boleh periksa email, memuatnaik gambar perjalanan, dan melihat tempat-tempat menarik yang disarankan. Skype, video live, streaming, tak sangat.

Cari tempat-tempat hotspot Wi-Fi yang disediakan di kebanyakan tempat di bandar-bandar Itali. Jika anda benasib baik untuk mengakses Internet percuma itu, anda akan dapat kelajuan yang luar biasa. Tetapi jika anda memerlukan Internet sepanjang masa sepanjang hari, lebih baik anda menyewa poket Wi-Fi dengan kos beberapa euro sahaja sehari.

Jangan minta sos ranch untuk salad anda.

Kredit: Pinterest

Budaya pemakanan di Itali sangat luar biasa dan anda akan jumpa beberapa masakan yang menakjubkan – tetapi ada peraturan tertentu yang anda perlu perhatikan semasa makan luar. Bagaimana cara menggayakan salad anda adalah salah satu darinya – selalunya hanya menggunakan minyak zaitun dan cuka (olio e aceto). Anda boleh meminta sos yang lain di kebanyakan tempat pelancongan tetapi rasanya tidak sama seperti yang asli.

Cuba nikmati budaya pemakanan mereka – Itali telah menyediakan makanan-makanan luar biasa lebih dari seribu tahun. Jadi apabila berada di Itali, makan seperti orang Itali.

Perjalanan dengan menaiki tren sangat menarik tetapi jangan lupa untuk mengesahkan tiket anda.

Kos perjalanan dengan menaiki tren di Itali adalah lebih murah berbanding negara-negara lain di Europe, dan perjalanannya cukup banyak untuk membawa anda ke mana-mana sahaja seperti ke bandar-bandar tertentu atau tempat-tempat antara dua bandar yang berlainan. Dalam kebanyakan waktunya, jadual dan perjalanan tren itu mudah difahami. Membeli tiket trennya juga sangat mudah.

Tetapi anda perlu ingat untuk mengesahkan tiket anda sebelum naik tren. Prosesnya mudah sahaja – hanya cari mesin pengesahan yang berwarna hijau dan putih dan masukkan tiket anda supaya ia boleh mencetak tarikh dan masa. Anda mungkin perlu menunjukkan tiket kepada operator sebelum atau semasa perjalanan, jika ia tidak disahkan, anda tidak dibenarkan untuk naik.

Kopi dan pastry – sarapan.

Kredit: One Girl, Whole World

Orang Itali sukakan makanan dan makanan mereka sangat hebat. Tetapi kehebatan ini tidak ditunjukkan semasa sarapan. JIka anda sudah biasa dengan buffet sarapan hotel mewah yang menyediakan makanan-makanan yang pelbagai, ianya tidak dijumpai di Itali. Lupakan scrambled egg, bakon, sosej, dan seumpanya.

Sarapan yang paling asas di Itali adalah un caffe (kopi susu), atau cappuccino atau latte, dengan cornetto (croissant style Itali), crostata (tart butter berjam) atau donut.

Anda perlu bayar untuk gunakan tandas di Itali.

Jika anda berjalan kaki dalam lawatan ke Rome atau hanya bersiar-siar sendirian, anda perlu tahu bagaimana mencari (dan menggunakan) tandas awam. Ianya sangat sukar dijumpai dan biasanya tidak mudah. Kebanyakan tandas yang sukar dicari ini mempunyai attendant yang perlu anda bayar atau memasukkan duit ke dalam mesin sebelum menggunakan tandas. Banyak sahaja restoran-restoran di bandar-bandar Itali yang mempunyai tandas persendirian. Tetapi anda tidak boleh suka-suka menggunakannya. Sekurang-kurangnya anda perlu membeli sesuatu dari kedai itu sebelum menggunakannya.